Webinar Nadi X Cybersecurity
25 November 2024 | Aktiviti Terkini24 November 2024, Ahad - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah mengikuti sesi Webinar NADI X Cybersecurity. Webinar ini telah dijalankan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 3 orang peserta Lelaki dan 1 orang Perempuan telah mengikuti Webinar ini. Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.
Tujuan @ matlamat Webinar NADI X Cybersecurity ini ialah :-
• Memberi kesedaran kepada pengguna alam maya setiap risiko bila melayari lama sesawang dan memuat turun segala aplikasi.
• Mengajar para peserta cara untuk mengesan aplikasi yang ada mengandungi virus.
Sesi webinar ini juga, peserta diberi taklimat ringkas mengenai tugas penggodam dan cara-cara penggodam menggodam akaun pengguna alam maya untuk mencuri data pengguna. Kakitangan NADi Presint 9 Fasa 3 berbesar hati dan berharap sesi Webinar ini dapat memberi ilmu kepada peserta tentang dunia penggodam dan sistem keselamatan dalam dunia digital tanpa batas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: